Selasa, 9 Ogos 2011

Sumb@ngan G@l@kan Pel@jar 5A Tri@al UPSR

Semalam aku telah dianugerahkan sedikit sumbangan oleh pihak sekolah sebagai galakan kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR. Seramai 7 orang telah menerima insentif ini... Terima kasih kepada guru-guru yang telah bersusah payah mendidik kami tanpa jemu.. Tahniah juga kepada rakan-rakan yang lain. Semoga kejayaan ini akan terus berkekelan dan bilangannya akan bertambah. Insyaallah....

Rabu, 27 Julai 2011

Buatmu Ibu...

Result Tri@al Ex@m

Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Mu Ya Allah kerana telah memberi kejayaan yang baik buat aku di dalam trial exam. Aku mohon kepada Mu agar keputusan ini akan kekal semasa UPSR sebenar. Aku harap kejayaan ini sedikit sebanyak memberi perangsang kepada aku untuk terus mencuba dan terus berusaha demi memenuhi harapan ibu..... Oh Ibu!!! doakanlah kejayaan Faiz.....
Kepada Kak Shila, abang, kakak dan arekir serta seluruh keluarga tolong doakan FAIZ.... ye

Isnin, 25 Julai 2011

Progr@m HujunG Minggu

Minggu nie aku agak busy ckit sbb banyak sangat program yang aku ikuti.
Sabtu - Mewakili sekolah dalam program kuiz PBSMM peringkat saringan dan Hari Belia & Kanak-kanak di SK Jalan Datuk Palembang, Melaka. Dalam acara sukaneka aku telah Johan dalam acara Bawa Bola PingPong dalam Sudu.
Ahad - Program Bersama Guru Cemerlang Siri 2 di Dewan Kuliah Masjid Al-Azim. Program ini dianjurkan oleh Kelab Anugerah Intelek untuk calon-calon UPSR 2011.

Selasa, 19 Julai 2011

MeMoRi Sem@sa Z@man B@by

Tanggal 25 Mei 1999 lahirlah seorang bayi  seberat 4.0 kilogram di Hospital Daerah Alor Gajah. MasyaAllah beratnya... tapi tak pe-kan yang penting Baby 2 c-hat and comel sekali. @ku tak boleh bayangkan bagaimana siksanya ibuku disaat itu. Dengan kekuatan yang ada pada ibu, aku tetap dikeluarkan secara normal. Time k@sih ibu.... Menurut cerita ibu selepas aku selamat dilahirkan berlaku sedikit komplikasi pada aku kerana masalah hypo, so aku dikejarkan ke Hospital Besar Melaka dengan menaiki @mbulans...ha 2 le yang specialnya.... Di sini aku ditempatkan di wad ICU kanak-kanak untuk beberapa hari.... Cian ibukan.. banyak betul dugaannya..

C@meron Highl@nd

@ku berkesempatan untuk mengikuti lawatan ke Perpustakaan INTEC Seksyen 17 bersama staf office ibu. Selesai lawatan kami ke Cameron Highland.. Syok jugak le... tapi tak le se-syok Genting sebab banyak game.. he..he... maklumlah dengan usia aku nie tempat2 camni tidak lah teruja sangat.. Cuacanya pun taklah sesejuk mana sepertimana yang diceritakan oleh rakan2 lain.

UPSR Tri@L Ex@m

apo susah sangat nie.....

Hari nie aku mula menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Subjek Bahasa Melayu dan Matematik Kertas 2. Alhamdulillah rasanya macam boleh buat tapi tak tau le pulak.... Tunggu ajelah resultnya nanti. Semoga exam ni akan adanya peningkatan yang baik seperti mana yang ibu harapkan dari aku. Ya Allah bantulah aku...